twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Friday, July 19, 2013

Memohon Overdraft / OD ASB untuk Syarikat Persendirian berserta Lesen Perniagaan

Salam Semua..

Nak cerita sikit berkenaan OD ASB. Sebenarnya saya ni adalah antara orang yang dah tertinggal bas. Sebelum ini, ramai yang telah menggunakan platform OD ASB untuk rolling duit bisnes. Sebenarnya ia adalah satu kelebihan untuk bumiputra.

Selepas 2011, PNB tidak lagi membenarkan orang perseorangan untuk memohon OD ASB. Kononnya, ramai yang salah guna. Hanya syarikat yang berdaftar dengan SSM dan mempunyai Lesen Perniagaan dari Majlis Daerah sahaja dibenarkan memohon.

Sekarang ini yang offer untuk OD ASB hanyalah RHB Bank dan Maybank. CIMB tidak lagi memberikan facility OD ASB (dah tanya).

RHB offer BLR - 1%.
Maybank offer BLR - 0%.

Secara peribadi, saya lebih prefer Maybank. Sebab banyak facility guna Maybank. Yang paling best online banking dia sangat efisen (CIMB pun best jugak online banking dia). Tapi bile buat kira-kira (transfer duit online dari bank A ke bank B kene cas RM4 per transaction), tak berbaloi nak pakai Maybank.

Selepas ditanya kepada pegawai RHB dan Maybank, jawapan dari pegawai bank adalah sangat hambar. Dia org cakap susah nak mohon.

STEP 1
Mula-mula kene ada company sendiri register dengan SSM. Yang ni simple. Pergi SSM office dekat The Mall (dah tukar ke Sunway Putra Mall). Dalam 2 jam dah blh siap register company Sole Prop / Enterprise.



STEP 2

Step yang kedua ni susah sikit. Kene ada "Lesen Perniagaan" (maksudnya kene ada premis perniagaan baru boleh daftar). Saya pun cuba la mohon ke MPAJ (Majlis Perbandaran Ampang Jaya). Tak susah nak mohon. Tapi kene ada premis (saya plan nak ejas mana-mana premis dekat Ampang untuk tumpang alamat). Lepas tu kalau premis tu bukan dalam shoping mall, premis tu kene mohon pula dengan pihak Bomba untuk dapat kelulusan bangunan. Banyak pula kerenahnya. Hampir putus asa. Saya hubungi rakan saya Wan Infolelong untuk dapatkan info (kene dengan nama FB dia). Dia cakap boleh mohon, tapi kene usaha lebih sikit dan jangan putus asa. Makin naik semangat. Ini pentingnya berkawan dengan orang yang positif (TQ Wan bagi semangat).

Seterusnya saya cuba pula dekat MBSA (Majlis Bandaran Shah Alam). Kebetulan ada saudara yang ada premis dekat sana, boleh tumpang alamat premis dia. Rupanya lain daerah lain kehendaknya. Dekat sini lebih mudah. Tak perlu dapat kelulusan Bomba (bomba ni kita panggil bila ada kebakaran atau jumpa ular sawa biasanya). Cuma perlu ada gambar premis (depan premis, belakang premis, dalam premis). Lepas tu CF bangunan (kalau companya yang dah ada premis, maklumat ni semua dah ready, kita potostet je).

Tips 1: Cari premis yang keluasannya bawah 100m2 atau 1000ft2 (cas lebih rendah).
Tips 2: Jangan ada sebarang partition di dalam premis. Kalau ada partition, kene isi borang lain, kene bayar lebih lagi untuk dapat kelulusan). Kalau premis tu memang dah ada partition, janganlah masukkan gambar partition tu masa submit!
Tips 3: Register sebagai "Pejabat Urusan".
Tips 4: Tidak perlu pasang Signboard Kedai. Bagitau dia signboard akan pasang lepas ini (sebab kene isi borang lain pula). Kene dapat kelulusan Dewan Bahasa lagi.

Setelah isi borang, saya submit pada MBSA 1 copy dengan gambar yang saya print hitam putih. Rupanya MBSA perlukan 4 salinan dengan gambar premis yang berwarna. Dah jadi dua kali kerja. Takde hal la. Janji lepas. Proses untuk dapat lesen adalah kurang dari 1 jam! Efisen juga, tahniah MBSA.



Bayaran:
1) Proses Permohonan RM50
2) Bayaran Lesen RM200
3) Patil / Board RM7 (yang orang gantung Lesen Perniagaan tu)
TOTAL = RM257

Selesai cerita mohon Lesen Perniagaan.






STEP 3

Seterusnya, saya pergi RHB untuk apply OD / Overdraft Facility (tidak perlu Sijil ASB lagi). Boleh apply current account untuk nama personal atau nama company. Saya buat nama personal.
Macam biasa kene submit:
1) Bank Statement personal & Slip Gaji - kalau makan gaji
2) Bank statement company - kalau ada
3) Company registration / SSM
4) Lesen Perniagaan

Proses permohonan lebih kurang 2-3 hari.


STEP 4

Bila dah berjaya, baru convert ASB kepada Sijil ASB. Proses convert sijil senang je. Mula2 kene ada duit dalam ASB (kalau xde duit nak convert apa). Minimum RM11,000.
Pergi dekat PNB Jalan Tun Razak sebelah Tabung Haji tu, bayaran RM10 sahaja.



Kemudian submit Sijil tu kepada RHB masa nak sain letter offer. Bank akan pegang sijil tu. RHB offer OD 95% dari jumlah Sijil.

STEP 5

Lepas sain letter offer, belum boleh pakai lagi duit tu. Kene tunggu bank proses, max sebulan. Saya punya dapat dalam masa 2 minggu. Bank akan bagi surat untuk collect buke cek. Bila Alhamdulillah, semua dah selesai.

Dah dapat buku cek. Dah dapat OD ASB nak buat APA???





Kalau dah sampai step ni baru kita tanya "NAK BUAT APA" memang silap besar la. PERANCANGAN itu paling penting. Kene cari sebab dulu kenapa nak buat OD ASB.

Tentukan apa TUJUAN dan MATLAMAT kita, baru boleh consider nak apply.

Kelebihan OD ASB???

Lain kali pulak la saya cerita.

Monday, May 13, 2013

Comfort Zone




“We cannot become what we want to be by remaining what we are”

Tanda-tanda kita berada di dalam "comfort zone":

1)      Bangun pagi, rasa malas nak pergi kerja
2)      Bila waktu balik kerja, laju je
3)      Bile masa makan tengahari, dengan senang-senang boleh keluar makan tanpa kekangan masa
4)      Ada kerja, buat-buat macam takde kerja dan bertangguh
5)      Bila balik kerja, boleh baring-baring dengan hati girang
6)      Malam boleh buang masa ber facebook dengan senang hati
7)      Pukul 10 11 malam dah boleh tido dengan senang hati
8)      Bila weekend, tiada plan yang bermanfaat. Tiba-tiba dah hari isnin semula
9)      Hujung bulan “rasa“ duit ada lebih lagi. Tiada inisiatif untuk menambah pendapatan.

Keburukan comfort zone:

1)      Tiada kemajuan dalam diri. Sentiasa berada di takuk lama
2)      Tiada inisiatif baru untuk memperbaiki kelemahan dalam diri
3)      Takut nak mengambil calculated risk
4)      Akhirnya menjadi orang biasa-biasa saja. Orang kebanyakan...

“A ship in a harbor is safe, but that’s not what a ship is built for…”



 "Anything you to do to stretch yourself out of your comfort zone will ultimately enable you to take larger risks and grow"

"If you don’t step out of your comfort zone and face your fears, the number of situations that make you uncomfortable will keep growing"

"Move out of your comfort zone. You can only grow if you are willing to feel awkward and uncomfortable when you try something new".

Mari kita keluar dari comfort zone. Bukan comfort sangat pun...

Saturday, February 23, 2013

Beli Kereta dapat duit????

Harini saya nak share 1 pengalaman berkenaan dengan kereta.

Ramai yang mengatakan kereta untuk pakai sendiri adalah liability (hutang/beban). Saya pun buat sekian lama sangat bersetuju dengan pendapat ini. Sehinggalah saya buktikan pada diri sendiri yang ayat penyata ini bukan 100% betul.

Ceritanya bermula apabila saya mencari kereta kedua untuk orang rumah pakai. Yelah, duduk di KL ni, suami isteri bekerja. Masa bekerja pula tak sama. Jadi tujuan utama membeli kereta adalah untuk isteri saya pergi kerja sahaja yang jaraknya tak sampai 5km dari rumah.

Pada mulanya saya hanya nak cari kereta yang cc nya kecil seperti kancil, viva atau wira. Nak cari yang secondhand je la. Minyak pun jimat, harga pun murah. Setelah dicari cari, rata-rata nya berharga dalam belasan ribu hingga ke dua puluh ribu lebih.

Dalam kepala berkira-kira. Kalau beli RM20k, nanti nak jual berapa je boleh dapat. Sehinggalah tergerak hati saya nak cuba membeli kereta lelong / auction car. Cerita lebih lanjut di sini.

Di pendekkan cerita, saya jumpa satu kereta yang berkenan di hati. Saya beli kereta ini pada 19 Feb 2012.

Selepas setahun memakai kereta tersebut, saya sangat berpuas hati kerana tiada kerosakan-kerosakan berlaku. Akhirnya, saya bercadang untuk menjual kereta tersebut dan upgrade kepada MPV pula. Kereta telah selamat dijual pada 19 Feb 2013. Betul-betul genap setahun selepas dipakai.

Apa yang menariknya???

Harga beli kereta:                     RM18,000 (harga pasaran RM30K)
Kos roadtax, insurance, repair:   RM3,000
Harga Jual:                               RM25,000

Nampak tak? Saya pakai kereta FREE selama setahun, dan mendapat lagi duit poket sebanyak RM4,000.

Sekiranya diandaikan saya menyewa kereta tersebut dengan kadar sewa RM1,000 sebulan, 12 bulan bersamaan RM12,000.

Keuntungan yang saya dapat adalah RM4,000 + RM12,000 = RM16,000.

Alhamdulillah. Saya anggap saya bernasib baik kerana kereta tersebuat adalah dalam keadaan yang sangat baik. Sebab itu pembeli tersebut sanggup membeli.

Harap-harap pembaca dapat ilmu daripada perkongsian ini. Memang kereta adalah satu keperluan (beban), kita cuma perlukan sedikit kretiviti untuk menukarkan beban tersebut kepada pendapatan.

Selamat tinggal kereta ku.



Tetapi saya sudah berpesan kepada diri sendiri. Saya nak "tempoh berdamai" paling kurang sebulan sebelum beli kereta yang baru. Apa itu tempoh berdamai? Saya reka sendiri sebenarnya. Tempoh ini adalah tempoh kesusahan yang saya sendiri cari. Maknanya, saya nak biarkan diri sendiri rasa susah kerana hanya mempunyai satu kereta sekarang. Yelah, kadang-kadang bila kita sudah biasa dalam keadaan senang, kita lupa nak appreciate dengan apa yang kita ada.

Contohnya, masa kereta saya eksiden dan perlu dibaiki selama seminggu di workshop. Mekanik tu bagi saya pakai kereta kancil lama selama seminggu. Bila pakai kereta kancil, pickup memang slow, nak pusing strering agak susah, suspension gegar. Masa tu saya rasa sangat bersyukur dengan kereta yang saya pakai. Bila dapat balik kereta, sehari saya senyum bawak kereta tu.

Sekarang saya hanya survey market sahaja. Kalau ada kawan kawan nak tolak MPV, blh hubungi saya.

Senarai Rumah Anak Yatim di Selangor


RALK atau Rumah Amal Limpahan Kasih

ALAMAT:

Ibu Pejabat & AsramaPutera
Lot 115A, Lorong Bistari 3
Kg Sri Aman, Batu 13
47100 Puchong, Selangor
Tel : 03-80618050
Fax : 03-80607514

Asrama Puteri:
No 49, Jalan BP 11/3
Bandar Bukit Puchong 2
47100 Puchong,Selangor.
Tel: 03-80601770 Fax: 80684640

Baitul Hidayah:
S 444, Lorong 9,
Kampung Sri Puchong
47100 Puchong, Selangor.

Untuk pertanyaan, hubungi:
Pn Rabaah 019-2227339 atau
En Zawawi 016-3627913

****************************************************************

Rumah Anak Yatim Sg. Buaya, Kuala Langat, 42700 Banting, Selangor. 03-31874964

****************************************************************

Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Islam Sabak Bernam, Selangor
Parit 1, Jalan Timur, 45300 Sungai Besar, Selangor. 03-32242849

****************************************************************

Rumah Anak-Anak Yatim Hulu Kelang Selangor (Rumah Bakti)
KM 11, Jalan Hulu Kelang, 68000 Selangor Darul Ehsan. 03-42568880

****************************************************************

Rumah Keluarga Kami
No.139, Jalan Bukit, 43000 Kajang, Selangor. 03-87367877

****************************************************************

Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim / Anak Miskin Kelang (PENYAKIN)
KM 3, Jalan Meru, Kg. Batu Belah, 41050 Klang. 03-33412513

****************************************************************

Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah (RACTAR)
Taman Subang Permai, 47500 Subang Jaya, Selangor. 03-56312664 70

****************************************************************

Rumah Kebajikan Anak Yatim Alkhairiyah
Batu 1 1/2 Sg. Pinang, Jalan Kapar, 41400 Kelang. 03-33410362

****************************************************************

ASRAMA DAMAI (Anak Yatim Kuang)
KM 28.5, Lorong Teratai Kg. Damai Kuang,
48050 Kuang Selangor
Tel : 03-6038 2823
Fax: 03-6038 6207
Person in Charge: Hj Suhaimi b. Dzajuli / Tuan Haji Abdul
Khalik Haji Jaafar

Kos Operasi : RM 20 000
Penghuni : 113 orang ( 3 - 17 tahun)
Program : Tuisyen
Tugas Sukarelawan : Ajar subjek sekolah rendah & menengah (matematik, sains & b. inggeris)
Masa : Sabtu & Ahad
8.00 - 11.00 pagi; 2.30 - 5.00 ptg; 8.00 - 10.00 mlm

****************************************************************

Pertubuhan Kebajikan Anak- Anak Yatim Islam DAERAH Sabak Bernam
Lot 5204, Jalan Parit 1 Timur,
45300 Sungai Besar Selangor
Tel : 03-3224 2849
Fax : 03-3224 2849
Person in Charge: Puan Rosnah Bt Mohamad Razali

Program : Pentadbiran, Akaun & warden
Tugas Sukarelawan : Pentadbiran, Akaun & warden
Masa : waktu kerja

****************************************************************

Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim MALAYSIA (PEYATIM)
37, Jalan Nirvana 39, Taman Nirvana, 68000 Ampang,
Selangor
Tel : 03-9286 1992
Fax : 03-9286 4872
Person in Charge: -

****************************************************************

Pertubuhan Rumah Anak Yatim / Miskin Daerah Kuala Langat (Sg Buaya)
Kampung Sungai Buaya, 42700 Banting,
Kuala Langat Selangor
Tel : 03-3120 3385 / 3187 4964
Fax: 03-3187 5086
Person in Charge: En Hj Kamain Bin Abdul Samad

****************************************************************

No. 61, Jalan Baiduri, Taman Baiduri off Jalan Morib,
42700 Banting, Selangor
Tel : 03-3187 9795
Fax: 03-3187 5086
Person in Charge: -

****************************************************************

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM / MISKIN KLANG (PEYAKIN KLANG)
Pejabat PEYAKIN, KM 3, Jalan Meru, Kg Batu Belah,
41050 Klang, Selangor
Tel : 03-3341 2513
Fax: 03-3341 2513 / 5519 2225
Person in Charge: Pn Habsah / Cik Sukmah

****************************************************************

RUMAH AMAL CAHAYA TENGKU AMPUAN RAHIMAH Ractar
Taman Subang Permai,
47500 Subang Jaya Selangor
Tel/Fax : 03-5631 2664
Person in Charge: Encik Dzulkarnain Mansor

****************************************************************

PERTUBUHAN PENDIDIKAN ANAK YATIM SELANGOR
RUMAH BAKTI
KM 11 Jalan Ulu Kelang, 68000 Ampang, Selangor
Tel : 03-4256 8880
Fax: 03-4251 4811
Person in Charge: En. Abdul Aziz Johan
Email : ukbakti@po.jaring.my

****************************************************************

Rumah Tumpangan & Sekolah Anak-anak Yatim & Miskin Sungai Pinang
Batu 1 3/4 Sungai Pinang, Jalan Kapar,
41400 Klang Selangor
Tel/Fax : 03- 3341 0362
Person in Charge: Ustaz Ayob/ Kak Su / Laila

Program : Tuisyen
Tugas Sukarelawan : Semua subjek sekolah rendah & menengah
Masa : Sabtu & Ahad

****************************************************************

Rumah Tunas Harapan Tengku Ampuan Rahimah Kuala Selangor
Jalan Semarak, 45000 Kuala Selangor, Selangor
Tel : 03-3289 1495
Fax: 03-3289 6903
Person in Charge: En Abdullah/ Mohd. Erwadi

****************************************************************

Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Sabak Bernam
Batu 36, Sekendi, 45200 Sabak Bernam, Selangor
Tel : -
Fax: -
Person in Charge: -

****************************************************************

Rumah ANAK-ANAK YATIM DARUL IZZAH
Lot 2191-2A, Pekan Makmur, Bandar Baru Bangi,
43650 Bangi, Selangor
Tel : 03-8925 7263
Fax: -
Person in Charge: En Musa Haji Idris

Program : Tuisyen, Kaunseling, Motivasi
Tugas Sukarelawan : Tutor untuk Matematik, B. Melayu, B.Inggeris & Sains; Kaunseling ; Kursus Motivasi
Masa : Sabtu & Ahad

****************************************************************

RUMAH KASIH HARMONI
Rumah Anak Yatim, Asnaf Zakat dan Ibu Tunggal.
No. 12, Jalan 8/5,
Bandar County Homes,
48000 Rawang, Selangor D.E.

Contact Person:
USTAZAH MUTHI'AH BT. YAAKOB
HP: 019-3133430/ 013-6397015
rkh@ykppm.org.my

****************************************************************

Rumah Kasih Sayang,
Bandar Tasik Puteri,
Rawang

Contact Person: 017-308 5667

****************************************************************

Rumah Amal Anak Yatim YPIN
Lot 873A
Jalan Banting Klang,
Kg Sg Manggis, Banting.
Tel: 03-3180 3672
Fax: 03-3180 3671

****************************************************************

Rumah Amal Kasih Bestari
Lot 5930 Jalan Jati, Kampung Betik,
Kampung Melayu Subang 40150,
Shah Alam Selangor
(Bersebelahan Pasar Tani & Plaza Perabot)

Tel : 03-78461637
Fax : 03-78461637
Email: kasihbestari@yahoo.com

Person in Charge 1:  Ust Hamzah bin Busu
H/P: 016 251 6515 / 014 664 8103

Person in Charge 2: Usth Wan Rokiah
Tel : 03-7846163
7Fax : 03-78461637


****************************************************************

Pusat Jagaan Suci Rohani
No. 109, Jalan BU 7/1
Bandar Utama
Petaling Jaya
Selangor

Person in Charge:
Pn Nadia:019-5527528
Pn Halimahton: 019-6041525

Fax: 03-77225536
Email: sucirohani2010@gmail.com
64

Wednesday, February 6, 2013

VEO Condo, Sime Darby, Taman Melawati review

Baru baru ini saya mengunjungi Sime Darby latest project dekat Taman Melawati. Memang cantik rumah dia. Moden design. Balkoni sangat luas. Tepi master bedroom pun ada balkoni yang bersambung dengan balkoni di living room. Harganya? mmg telan air liur..

Ada 2 type yang saya tengok.

1) 750ft2 +- RM500K. RM660/ft2
2) 1400ft2  +- RM1M. RM700/ft2

Kalau nak compare dengan PV depan dia, memang PV lagi murah. Tetapi Sime Darby ni konsep dia lain. Ada shopping mall bagai in the future. So tgk gambar je la untuk saya..




























Friday, January 25, 2013

Adakah usahawan dilahir ataupun dicipta?

Dalam Business Horizons, Edisi September-Oktober 1986, John G Burch menyatakan bahawa seseorang usahawan harus mempunyai sembilan sifat keperibadian seperti berikut:

1. Keinginan untuk mencapai: daya usaha untuk mengatasi masalah dan melahirkan usaha niaga yang berjaya.
2. Kerja keras: sikap mabuk kerja.
3. Sikap pembelaan: kesanggupan mengetuai dan mengawasi usaha mereka sehingga ia boleh berdikari.
4. Pengakuan bertanggungjawab: kesanggupan memikul tanggungjawab kepada usaha-usaha dari segi moral, undang-undang dan mental.
5. Orientasi ganjaran: keinginan mendapat ganjaran untuk ikhtiar; ganjaran boleh mengambil bentuk selain daripada wang, seperti pengiktirafan dan rasa hormat.
6. Sikap yang optimistik: pengamalan falsafah bahawa masa kini adalah masa yang terbaik dan apa-apa sahaja dapat dilakukan.
7. Orientasi kepada kecemerlangan: pencapaian sesuatu yang dapat memberi kebanggaan.
8. Pengurusan: kemahiran dalam penggabungan bahan-bahan usaha serta dalam pengelolaan manusia.
9. Orientasi mendapat untung: keinginan mendapat ganjaran, akan tetapi untung cuma merupakan kayu ukur kejayaan.


Usahawan Berjaya


Daripada sifat-sifat ini, salah dua antaranya lebih merupakan sifat yang semula jadi, yakni "keinginan untuk mencapai" serta "keupayaan untuk bekerja keras". Keupayaan untuk bekerja secara keras dan lama dalam penerusan projek yang tertentu memerlukan penggabungan tenaga fizikal, emosi dan intelektual yang tidak dapat diransang secara dibuat-buat.

Oleh demikian, seseorang usahawan perlu mempunyai dua kumpulan sifat, yakni satu kumpulan yang semula jadi, dan lagi satu yang dapat diperolehi. Dengan kata lain, sebahagian daripada sifat-sifat usahawan perlu dimiliki sewaktu dilahir dan sebahagian lagi harus diperolehi. Sesiapa yang tidak mempunyai kedua-dua ciri tersebut sewaktu dilahir tidak dapat menjadi usahawan ataupun tidak mungkin berjaya sebagai usahawan, dan sesiapa yang mempunyai kedua-dua ciri ini tetapi malas memperolehi ketujuh-tujuh sifat yang lain juga tidak akan berjaya sebagai usahawan.

source: kumpulan usahawan malaysia
http://www.facebook.com/group.php?gid=183179759880&ref=mf

Macam mana nak automatik kan pembayaran ke bank setiap bulan (menggunakan platform Maybank2u dan CIMB Click)

Salam Semua.

Dalam kehidupan serba moden ni, kita tidak boleh lari dari bayaran bulanan ke bank. Kalau tiada bayaran bulanan ke bank, saya tak tahu nak letak dalam katogeri mana. Mungkin suri rumah sepenuh masa kot.

Kadang kadang "pekerjaaan membuat pembayaran" ini telah mencuri "masa" dan "duit" kita secara tidak sedar.

Yelah, contoh nak buat pembayaran TNB supaya rumah kita tidak bergelap dimalam hari. Ada org terus pergi dekat kaunter Kedai Tenaga. Ada yang membuat pembayaran di pejabat pos.

Kos yang perlu dikeluarkan: Petrol RM1, parking RM2. Dah RM3 kat situ. Kalau parking merata lepas tu kene saman lagi parah, melayang RM100. Masa dihabiskan: 30 minit. Kos masa?

Ada yang kata, alaaa sekarang dah senang, semua boleh diselesaikan dihujung jari je. Yang ni saya setuju. Dengan kemudahan internet, kena nak buang masa dan wang anda. Semua nya boleh dilakukan dihujung jari sahaja.



Tetapi, tahukan anda yang sebenarnya kita boleh mengelesaikan semua ini tampa membuat apa apa? Ok, kene buat pertama kali, lepas tu semuanya akan automatik.

"Orang berjaya membayar duit untuk mendapatkan "MASA". Orang biasa biasa membayar masa untuk mendapatkan "DUIT".

Kita boleh memudahkan kerja kerja kita dengan SI atau "Standing Instruction" daripada bank. Maybank memanggilnya eSI (nama kene kasi gempak sikit, baru dia boleh cas pengguna).

Tapi perlu diingat, Maybank mengenakan cas RM2 untuk sekali eSI antara Maybank, dan RM4 untuk pembayaran selain dari Maybank. Terpulang kepada masing masing untuk menilai. 

Bayaran yang anda boleh buat SI:
  1. Duit untuk Ibu Bapa
  2. Bayaran Kereta
  3. Bayaran Rumah
  4. Bayaran Kad Kredit (average payment untuk mengelakkan late charges)
  5. TNB
  6. Syabas
  7. Telekom / Streamyx / Unifi
  8. Majlis Daerah (Cukai Pintu)
  9. Bayaran maintenance rumah (apartment/condo)
  10. Apa apa sahaja bayaran secara monthly

Kebaikan menggunakan SI:
  1. "Pay yourself first". Ini adalah kunci kejayaan jika anda baca dalam mana mana buku pelaburan. Buat SI untuk simpanan jangka masa panjang anda.
  2. Mencantikkan statement bank anda di mata pegawai bank. Senang nak buat loan
  3. Late payment credit card RM25-RM50 untuk sekali lambat (bergantung kepada bank)
  4. Late payment kereta juga RM5-RM50 (bergantung kepada bank)
  5. Tiada lagi istilah ragu ragu "dah buat pembayaran ________ ke belum bulan ni?"
Keburukan SI:
  1. Kalau buat SI 24 bulan atau 2 tahun, sampai 1 masa kita lupa apa yang kita bayar setiap bulan.
Potential loss dalam masa 1 Tahun sekiranya membuat pembayaran manual
  1. Petrol cost RM50
  2. Saman Parking RM100 (atau anda tak pernah kene saman parking?)
  3. Kos masa
Note: buat masa ni, SI dari Maybank ke ASB tidak ada (dulu boleh tapi sekarang dah tak boleh). Anda masih boleh transfer online dari Maybank2u ke ASB. Boleh cari dalam investment tab. Kene buat manual online setiap bulan.


Cara cara untuk set SI menggunakan platform Maybank2u:

1) Bukak Maybank2u anda

Maybank2u



















2) Jika ada lebih dari 1 account, select accout yang anda nak buat SI

Maybank2u




















Haaa nampak, sepertik magik, SI tu sudah berada di kiri anda.

3) Klik SI tu. Lihat sebelah bawah kanan. Klik "Add"

Maybank2u





















4) Ok sekarang kita ada beberapa pilihan. Mengikut pemahaman saya, eSI di Maybank ini adalah tertumpu kepada Transfer duit dari account kita kepada account Maybank, atau bank bank yang lain.

Manakala "Payment" kepada TNB, Syabas dan lain2 adalah tergolong dalam "Payment", tak ada kat sini. Lepas ni saya terangkan.







TIPS: adalah lebih baik anda save account bank tersebut sebagai favorite terlebih dahulu (sama adala Maybank atau bank bank lain macam CIMB.







5) Isi tempat kosong.
  1. Mula mula masukkan nama untuk SI ni
  2. Account no
  3. Berapa amount setiap bulan
  4. Lepas tu pilih frequency: monthly ke, weekly ke
  5. Lepas tu pilih bila bayaran terakhir. Kalau nak senang pilih until further notice (jangan risau, kalau nk tukar boleh buat balik. Tak kene charge pun)
  6. Recipient ID. Pada pemahaman saya, recipient ID ni kalau kita nak buat pembayaran online, buyer tu bg no invoice, boleh la masukkan kat sini. Biasanya tak perlu pun. Kalau tak ada klik je no.
























Cara cara untuk set monthly "PAYMENT" menggunakan platform Maybank2u untuk TNB, Syabas, dsb:

1) Pilih bank account


















2) Recurring payment






















3)
























4)














Cara cara untuk set SI menggunakan platform CIMB Click:


1) Pergi ke Transfer

2) Transfer dari CIMB ke CIMB. 
Paling penting kene klik dekat "Recurring" tu untuk menjadikan dia SI setiap bulan. Tiada charge dikenakan (kalau Maybank2u dikenakan charge RM2)



3) Transfer dari CIMB ke bank bank lain. Dikenakan charge RM1 sahaja (kalau Maybank2u RM4).


4) Cara nak cek balik Schedule / SI yang dah di set