twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Tuesday, December 18, 2012

Apa yang anda perlu tahu berkenaan proses lelongan rumah?




Siapa yang boleh membida rumah lelong?

Sesiapa sahaja layak untuk membida, dengan syarat kene bawak Bank draf / Banker 's cek bersamaan dengan 10% atau 5% (bergantung kepada bank) daripada harga rizab (reserve price). Pembida juga boleh mewakilkan orang lain untuk bertindak sebagai ejen atau wakil bagi pihaknya. Wakil itu dikehendaki untuk mengemukakan Surat Kuasa (authorize letter) dan salinan kad KP pembeli.

Apa yang anda perlu tahu sebelum datang ke tempat lelongan?
1. Dapatkan POS (proclamation of sale), terma dan syarat-syarat jualan dari pelelong.
2. Membaca dan memahami sepenuhnya semua terma dan syarat-syarat jualan.
3. Menjalankan carian rasmi ‘title’ di pejabat tanah dan / atau pihak berkuasa berkaitan yang lain
4. Memeriksa hartanah tersebut
5. Mengesahkan butir-butir berkaitan dokumen
6. Sahkan alamat pos hartanah dengan pemaju
7. Semak pada pengeluaran hakmilik individual title dengan pemaju
8. Dapatkan nasihat undang-undang mengenai terma dan syarat jualan
9. Membuat pertanyaan yang perlu dengan pihak berkuasa berkaitan dan pemaju
11. Hartanah adalah dijual pada 'as is where is basis'
12. Semak harga market hartanah tersebut di internet. Ini sekadar untuk mendapatkan anggaran harga pasaran. Harga yg tepat hanya boleh dikeluarkan oleh valuer bank. Terdapat juga perbezaaan antara satu valuer dengan yang lain.

Apa dokumen yang diperlukan untuk membida?
1. Bagi pembida individu
• Satu salinan IC
• Alamat surat menyurat
• Telefon contact no.
2. Bagi Company
  • A certified true copy of the company’s Memorandum and Articles of Association.
  • Form 44, 24 and 49
  • Board of Director’s Resolution
3. Untuk Agen / Wakil
• Surat Kuasa daripada pembeli (authorize letter)
• Satu salinan kad IC pembeli

Apa yang perlu dibawa semasa lelongan tersebut?
1. Bawa IC dan hadir untuk tujuan pengenalan dan pendaftaran.
2. Bank draf / Banker cek berjumlah 10% atau 5% (bergantung kepada bank) daripada harga rizab dan akan diserahkan semasa pendaftaran. (sekiranya tidak berjaya, dia akan pulang balik bank draft).
3. Dana tambahan sebagai deposit tambahan untuk menambah jika terdapat kenaikan lelaki daripada harga rizab. Contohnya reserve price RM100K. Anda sudah bawa Bank Draft RM10K (10%). Anda adalah pembida tertinggi dan berjaya menang dengan harga terakhir RM120K. Anda perlu tambah RM2K lagi untuk mencukupkan 10% deposit tersebut.

Apa perlu dibuat semasa hari lelongan?
  1. Untuk hadir lebih awal untuk mengelakkan kekecewaan.
  2. Register sebagai pembida. Serahkan bank draft.
  3. Tunggu giliran untuk lot anda di lelong.
  4. Bida dengan berhemah. Awasi target harga maksimum anda.
  5. Sekiranya menang, sain agreement. Sekiranya kalah, ambil balik bank draft.

No comments:

Post a Comment