Siapa
yang boleh membida rumah lelong?
Sesiapa
sahaja layak untuk membida, dengan syarat kene bawak Bank draf / Banker 's cek
bersamaan dengan 10% atau 5% (bergantung kepada bank) daripada harga rizab
(reserve price). Pembida juga boleh mewakilkan orang lain untuk bertindak
sebagai ejen atau wakil bagi pihaknya. Wakil itu dikehendaki untuk mengemukakan
Surat Kuasa (authorize letter) dan salinan kad KP pembeli.
Apa yang
anda perlu tahu sebelum datang ke tempat lelongan?
1. Dapatkan POS (proclamation of sale), terma dan
syarat-syarat jualan dari pelelong.
2. Membaca dan memahami sepenuhnya semua terma dan
syarat-syarat jualan.
3. Menjalankan carian rasmi ‘title’ di pejabat tanah
dan / atau pihak berkuasa berkaitan yang lain
4. Memeriksa hartanah tersebut
5. Mengesahkan butir-butir berkaitan dokumen
6. Sahkan alamat pos hartanah dengan pemaju
7. Semak
pada pengeluaran hakmilik individual title dengan pemaju
8. Dapatkan nasihat undang-undang mengenai terma dan
syarat jualan
9. Membuat pertanyaan yang perlu dengan pihak
berkuasa berkaitan dan pemaju
11. Hartanah adalah dijual pada 'as is where is
basis'
12. Semak harga market hartanah tersebut di
internet. Ini sekadar untuk mendapatkan anggaran harga pasaran. Harga yg tepat
hanya boleh dikeluarkan oleh valuer bank. Terdapat juga perbezaaan antara satu
valuer dengan yang lain.
Apa dokumen yang diperlukan untuk membida?
1. Bagi pembida individu
• Satu salinan IC
• Alamat
surat menyurat
•
Telefon contact no.
2. Bagi
Company
- A certified true copy of the company’s Memorandum and Articles of Association.
- Form 44, 24 and 49
- Board of Director’s Resolution
3. Untuk Agen / Wakil
• Surat Kuasa daripada pembeli (authorize letter)
• Satu salinan kad IC pembeli
Apa yang perlu dibawa semasa lelongan tersebut?
1. Bawa IC dan hadir untuk tujuan pengenalan dan
pendaftaran.
2. Bank draf / Banker cek berjumlah 10% atau 5%
(bergantung kepada bank) daripada harga rizab dan akan diserahkan semasa
pendaftaran. (sekiranya tidak berjaya, dia akan pulang balik bank draft).
3. Dana
tambahan sebagai deposit tambahan untuk menambah jika terdapat kenaikan lelaki
daripada harga rizab. Contohnya reserve price RM100K. Anda sudah bawa Bank
Draft RM10K (10%). Anda adalah pembida tertinggi dan berjaya menang dengan
harga terakhir RM120K. Anda perlu tambah RM2K lagi untuk mencukupkan 10%
deposit tersebut.
Apa perlu dibuat semasa hari lelongan?
- Untuk hadir
lebih awal untuk mengelakkan kekecewaan.
- Register
sebagai pembida. Serahkan bank draft.
- Tunggu
giliran untuk lot anda di lelong.
- Bida dengan berhemah. Awasi target harga
maksimum anda.
- Sekiranya
menang, sain agreement. Sekiranya kalah, ambil balik bank draft.
No comments:
Post a Comment