Saya nak share sikit cerita pasal beli kereta lelong.
Sebenarnya proses untuk beli kereta lelong ni tak la serumit macam nak beli rumah lelong.
Cara-cara nak beli kereta lelong
1) kene tau bile kereta2 ni nak di lelong. Biasanya seminggu atau 2 minggu sebelum lelong, baru blh tgk.
2) Ade 2 cara nak tau. Pertama, tengok dekat website. Kedua, pergi sendiri ke tempat lelongan dan ambil list untuk dilelong.
3) Bile dah berminat dgn mana2 kereta pada harga yg sesuai (20-50%) below market price, boleh la tengak bile dia offer utk tengok kereta tersebut. Biasanya 2 hari sebelum process lelong, blh tgk dan cek kereta (view & inspect).
4) Jangan lupa cek JPJ / Polis Traffic takut2 kene blacklist, saman dsb
5) Masa process view & inspect, kita blh tgk secara luaran kereta, bonet depan di buka untuk tgk enjin. Tak boleh start enjin kerete. Masa ni kemahiran dan pengetahuan tentang selok belok enjin sangat diperlukan. Kalau kita tak pandai, bawak org yg pandai.
· Hint: cuba la tanya2 org yg jaga kereta dekat situ. Mcm mana kereta ni masuk. Ade yang kene tarik / towing. Ada yang drive, maksudnya ade kunci dan kereta di pandu masuk. Tak semua kereta ade kunci. Kalau tak ada kunci, blh buat nanti.
6) Seterusnya kene hadirkan diri di tempat lelongan. Biasanya deposit RM500 diperlukan sama ada dalam bentuk cek atau tunai. Kalau menang, dia ambik, kalau kalah, dia pulang balik. Simple
7) Lepas tu, kalau menang, kene buat pembayaran penuh dalam masa 2 minggu. Terpulangla nak bayar cash ke, nak buat pinjaman bank ke.
Kelebihan Beli Kereta Lelong / Advantage for buying auction car
1) Dapat harga jauh lebih rendah dari market price (20%-50%). Mungkin lebih lagi
2) Tidak seperti lelong rumah, 90% pembida adalah dari “used car dealer”. Dan setiap used car dealer ada target % keuntungan tertentu (kos baik pulih, komisen jurujual, kos masa menunggu untuk jual dsb). Sebagai pembeli kenderaan untuk kegunaan sendiri, kita ada KELEBIHAN BESAR untuk menang. Walaupun harga yang kita dapat lebih mungkin tinggi sedikit dari harga target untuk used car dealer ni, tp biasanya harga itu masih jauh lebih rendah jika dibandingkan dgn harga pasaran yang dibeli di kedai2 jualan kereta terpakai.
· TIPS: biasanya used car dealer akan beli kereta dekat lelong, cat balik (jika perlu) kemudian jual di kedai kereta terpakai dgn harga yg jauh lebih tinggi). Kenapa kita nak bagi duit yg kita susah payah cari pada mereka.
3) Sesuai untuk mereka yang nak beli kereta cash, dgn bajet yang rendah. Kalo bajet besar, beli kereta baru je la senang.
Kelemahan Beli Kereta Lelong / Disadvantage for buying auction car
1) Tidak semua fizikal kereta lelong dalam keadaan baik. Ada yang takde enjin, enjin rosak dsb
2) Tidak semua dokumentasi (geran / AP) ada
3) Tidak boleh start enjin, test driving dsb
4) Kalau kita ada target kereta tertentu (contoh Vios tahun 2005-2007), kene tunggu list bile kereta ni ada. Bukan beli kereta baru ni bang, blh pilih nak color ape
Nak tanya ni..kat mana saya leh dpt list kreta nak dilelong ye.. wassup 01121124021..minta share
ReplyDeleteTolong share list kereta naked Jual diatas lelong
ReplyDeleteTolong share list kereta naked Jual diatas lelong
ReplyDeleteTolong share list lelong motosikal berkuasa tinggi
ReplyDeleteTq sharing info
ReplyDelete