twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Friday, January 25, 2013

Adakah usahawan dilahir ataupun dicipta?

Dalam Business Horizons, Edisi September-Oktober 1986, John G Burch menyatakan bahawa seseorang usahawan harus mempunyai sembilan sifat keperibadian seperti berikut:

1. Keinginan untuk mencapai: daya usaha untuk mengatasi masalah dan melahirkan usaha niaga yang berjaya.
2. Kerja keras: sikap mabuk kerja.
3. Sikap pembelaan: kesanggupan mengetuai dan mengawasi usaha mereka sehingga ia boleh berdikari.
4. Pengakuan bertanggungjawab: kesanggupan memikul tanggungjawab kepada usaha-usaha dari segi moral, undang-undang dan mental.
5. Orientasi ganjaran: keinginan mendapat ganjaran untuk ikhtiar; ganjaran boleh mengambil bentuk selain daripada wang, seperti pengiktirafan dan rasa hormat.
6. Sikap yang optimistik: pengamalan falsafah bahawa masa kini adalah masa yang terbaik dan apa-apa sahaja dapat dilakukan.
7. Orientasi kepada kecemerlangan: pencapaian sesuatu yang dapat memberi kebanggaan.
8. Pengurusan: kemahiran dalam penggabungan bahan-bahan usaha serta dalam pengelolaan manusia.
9. Orientasi mendapat untung: keinginan mendapat ganjaran, akan tetapi untung cuma merupakan kayu ukur kejayaan.


Usahawan Berjaya


Daripada sifat-sifat ini, salah dua antaranya lebih merupakan sifat yang semula jadi, yakni "keinginan untuk mencapai" serta "keupayaan untuk bekerja keras". Keupayaan untuk bekerja secara keras dan lama dalam penerusan projek yang tertentu memerlukan penggabungan tenaga fizikal, emosi dan intelektual yang tidak dapat diransang secara dibuat-buat.

Oleh demikian, seseorang usahawan perlu mempunyai dua kumpulan sifat, yakni satu kumpulan yang semula jadi, dan lagi satu yang dapat diperolehi. Dengan kata lain, sebahagian daripada sifat-sifat usahawan perlu dimiliki sewaktu dilahir dan sebahagian lagi harus diperolehi. Sesiapa yang tidak mempunyai kedua-dua ciri tersebut sewaktu dilahir tidak dapat menjadi usahawan ataupun tidak mungkin berjaya sebagai usahawan, dan sesiapa yang mempunyai kedua-dua ciri ini tetapi malas memperolehi ketujuh-tujuh sifat yang lain juga tidak akan berjaya sebagai usahawan.

source: kumpulan usahawan malaysia
http://www.facebook.com/group.php?gid=183179759880&ref=mf

No comments:

Post a Comment