twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Friday, January 25, 2013

Macam mana nak automatik kan pembayaran ke bank setiap bulan (menggunakan platform Maybank2u dan CIMB Click)

Salam Semua.

Dalam kehidupan serba moden ni, kita tidak boleh lari dari bayaran bulanan ke bank. Kalau tiada bayaran bulanan ke bank, saya tak tahu nak letak dalam katogeri mana. Mungkin suri rumah sepenuh masa kot.

Kadang kadang "pekerjaaan membuat pembayaran" ini telah mencuri "masa" dan "duit" kita secara tidak sedar.

Yelah, contoh nak buat pembayaran TNB supaya rumah kita tidak bergelap dimalam hari. Ada org terus pergi dekat kaunter Kedai Tenaga. Ada yang membuat pembayaran di pejabat pos.

Kos yang perlu dikeluarkan: Petrol RM1, parking RM2. Dah RM3 kat situ. Kalau parking merata lepas tu kene saman lagi parah, melayang RM100. Masa dihabiskan: 30 minit. Kos masa?

Ada yang kata, alaaa sekarang dah senang, semua boleh diselesaikan dihujung jari je. Yang ni saya setuju. Dengan kemudahan internet, kena nak buang masa dan wang anda. Semua nya boleh dilakukan dihujung jari sahaja.



Tetapi, tahukan anda yang sebenarnya kita boleh mengelesaikan semua ini tampa membuat apa apa? Ok, kene buat pertama kali, lepas tu semuanya akan automatik.

"Orang berjaya membayar duit untuk mendapatkan "MASA". Orang biasa biasa membayar masa untuk mendapatkan "DUIT".

Kita boleh memudahkan kerja kerja kita dengan SI atau "Standing Instruction" daripada bank. Maybank memanggilnya eSI (nama kene kasi gempak sikit, baru dia boleh cas pengguna).

Tapi perlu diingat, Maybank mengenakan cas RM2 untuk sekali eSI antara Maybank, dan RM4 untuk pembayaran selain dari Maybank. Terpulang kepada masing masing untuk menilai. 

Bayaran yang anda boleh buat SI:
  1. Duit untuk Ibu Bapa
  2. Bayaran Kereta
  3. Bayaran Rumah
  4. Bayaran Kad Kredit (average payment untuk mengelakkan late charges)
  5. TNB
  6. Syabas
  7. Telekom / Streamyx / Unifi
  8. Majlis Daerah (Cukai Pintu)
  9. Bayaran maintenance rumah (apartment/condo)
  10. Apa apa sahaja bayaran secara monthly

Kebaikan menggunakan SI:
  1. "Pay yourself first". Ini adalah kunci kejayaan jika anda baca dalam mana mana buku pelaburan. Buat SI untuk simpanan jangka masa panjang anda.
  2. Mencantikkan statement bank anda di mata pegawai bank. Senang nak buat loan
  3. Late payment credit card RM25-RM50 untuk sekali lambat (bergantung kepada bank)
  4. Late payment kereta juga RM5-RM50 (bergantung kepada bank)
  5. Tiada lagi istilah ragu ragu "dah buat pembayaran ________ ke belum bulan ni?"
Keburukan SI:
  1. Kalau buat SI 24 bulan atau 2 tahun, sampai 1 masa kita lupa apa yang kita bayar setiap bulan.
Potential loss dalam masa 1 Tahun sekiranya membuat pembayaran manual
  1. Petrol cost RM50
  2. Saman Parking RM100 (atau anda tak pernah kene saman parking?)
  3. Kos masa
Note: buat masa ni, SI dari Maybank ke ASB tidak ada (dulu boleh tapi sekarang dah tak boleh). Anda masih boleh transfer online dari Maybank2u ke ASB. Boleh cari dalam investment tab. Kene buat manual online setiap bulan.


Cara cara untuk set SI menggunakan platform Maybank2u:

1) Bukak Maybank2u anda

Maybank2u



















2) Jika ada lebih dari 1 account, select accout yang anda nak buat SI

Maybank2u




















Haaa nampak, sepertik magik, SI tu sudah berada di kiri anda.

3) Klik SI tu. Lihat sebelah bawah kanan. Klik "Add"

Maybank2u





















4) Ok sekarang kita ada beberapa pilihan. Mengikut pemahaman saya, eSI di Maybank ini adalah tertumpu kepada Transfer duit dari account kita kepada account Maybank, atau bank bank yang lain.

Manakala "Payment" kepada TNB, Syabas dan lain2 adalah tergolong dalam "Payment", tak ada kat sini. Lepas ni saya terangkan.







TIPS: adalah lebih baik anda save account bank tersebut sebagai favorite terlebih dahulu (sama adala Maybank atau bank bank lain macam CIMB.







5) Isi tempat kosong.
  1. Mula mula masukkan nama untuk SI ni
  2. Account no
  3. Berapa amount setiap bulan
  4. Lepas tu pilih frequency: monthly ke, weekly ke
  5. Lepas tu pilih bila bayaran terakhir. Kalau nak senang pilih until further notice (jangan risau, kalau nk tukar boleh buat balik. Tak kene charge pun)
  6. Recipient ID. Pada pemahaman saya, recipient ID ni kalau kita nak buat pembayaran online, buyer tu bg no invoice, boleh la masukkan kat sini. Biasanya tak perlu pun. Kalau tak ada klik je no.
























Cara cara untuk set monthly "PAYMENT" menggunakan platform Maybank2u untuk TNB, Syabas, dsb:

1) Pilih bank account


















2) Recurring payment






















3)
























4)














Cara cara untuk set SI menggunakan platform CIMB Click:


1) Pergi ke Transfer

2) Transfer dari CIMB ke CIMB. 
Paling penting kene klik dekat "Recurring" tu untuk menjadikan dia SI setiap bulan. Tiada charge dikenakan (kalau Maybank2u dikenakan charge RM2)



3) Transfer dari CIMB ke bank bank lain. Dikenakan charge RM1 sahaja (kalau Maybank2u RM4).


4) Cara nak cek balik Schedule / SI yang dah di set















9 comments:

  1. tak faham...tolong ajar personal boleh?

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum wbt. :).. Nk tnye, yg tlh diajar di atas👆, klo nk transfer online dari Maybank2u ke ASB.. sbenarnya kene charge transfer ke tidak??? ye. Tq #pls text me back

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum wbt. :).. Nk tnye, yg tlh diajar di atas👆, klo nk transfer online dari Maybank2u ke ASB.. sbenarnya kene charge transfer ke tidak??? ye. Tq #pls text me back

    ReplyDelete
  5. terima kasih atas panduan pemabayaran auto ni.

    ReplyDelete
  6. Klw bhgian payment type tu kita kna pilih yg mn satu..kt situ ada 3 pilihan kan..

    ReplyDelete
  7. terima kasih. alhamdulillah. dah berjaya buat.

    ReplyDelete